Chong Wei No.1 Dunia: Misbun terharu
DIkirim oleh ADMIN di 28 Ogos 2008
JURULATIH perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila menerima satu lagi berita gembira apabila pemain utamanya, Lee Chong Wei kini menduduki ranking nombor satu perseorangan lelaki dunia.
“Syukur alhamdulillah. semuanya datang tanpa diduga.
“Dan ia diharap akan menyematkan lagi keazaman Chong Wei untuk mempertingkatkan latihan dan mutu permainan beliau bagi menghadapi kejohanan akan datang,” ujar Misbun dengan nada ringkas selepas menerima penganugerahan Darjah Seri Mulia Seri Melaka (DMSM) yang disampaikan Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabat beliau di Seri Negeri, Ayer Keroh disini.
Dalam keluaran terbaru Persekutuan Badminton Dunia semalam, Chong Wei berjaya memperolehi 85579 mata keseluruhan mengatasi penyandang, Lin Dan dari China yang sekadar mendapat 84080 mata sambil diikuti Bao Chunlai (67742 mata), Chen Jin (66384 mata) Sony Kuncoro (58887 mata).







Abu Nuha berkata
Saya mendengar melalui Sinar FM pagi tadi temubual santai 3 dj Salleh Yakob, Kak Engku dan Krill bersama Datuk Misbun.
Tahniah Datuk Misbun. Tahniah Datuk Chong Wei.