NUSA MAHSURI BC

Keputusan Penuh Akhir Terbuka Malaysia 2008

Posted by ADMIN di 20 Januari 2008

USAHA berbaloi….begitulah yang dikecapi pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei apabila berjaya mengungguli kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia buat kali keempat dengan mengenepikan cabaran bintang Korea, Lee Hyun Ill 21-15, 11-21, 21-17 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi.

Kejayaan dalam masa 61 minit itu sekaligus membuktikan kepulangannya ke pangkuan jurulatih Misbun Dato’ Sidek nyata amat tepat malah ia juga menempelak segala tohmahan sesetengah pihak yang sebelum ini ragu-ragu terhadap anak muda Bukit Mertajam ini untuk menggembalikan semula rentak permainan cemerlang selepas ditinggalkan bekas jurulatih lamanya, Li Mao.

Paling manis kejayaan dicapai Chong Wei turut dikongsi bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan isteri yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor serta Presiden BAM, Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Berikutan kejayaan ini, Chong Wei yang turut memenangi Terbuka Malaysia 2004, 2005 dan 2006 meraih AS$15,000 (RM49,000) manakala Hyun Il yang kini menduduki ranking ke-28 dunia membawa pulang AS$6,000.

Dalam memperkatakan tentang perlawanan tersebut, Chong Wei kelihatan lebih terarah mempamerkan permainan rali dan hantaran jaring bagi memerangkap Hyun Ill yang pasti menggunakan pukulan ‘jumping smash’ sebagai senjata utama.

Malah pemain yang berusia 25 tahun ini juga sudah berupaya menyerap setiap tekanan terutama pada penghujung set ketiga ketika usaha mengutip mata melalui jalan buntu sehingga dua pukulan terkeluar dari gelanggang untuk membolehkan Hyun Ill merapatkan jurang mata.

Bagaimanapun, suasana itu tidak lama dan Chong Wei menggunakan segala pengalaman beraksi di pentas akhir untuk menyekat kemaraan Hyun Ill yang kini bernaung dibawah bimbingan Li Mao.

Bagi acara perseorangan wanita, Tine Rasmussen mencipta sejarah kejohanan ini apabila berupaya memecah dominasi kejuaraan yang kerap diungguli pemain China dengan menundukkkan Zhu Lin dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Bintang utama Denmark itu sendiri tidak menduga mampu mengharungi perlawanan ke titisan akhir walhal ketika kedudukan 14-12 pada set ketiga, beliau mengalami kecederaan kaki sehingga terpaksa menerima rawatan di tepi gelanggang.

China yang hadir tanpa kelibat bintang utamanya, Lin Dan dan Xie Xingfang masih mampu menarik nafas lega selepas gandingan He Hanbin/Yu Yang berjaya mengungguli acara bergu campuran sementara bergu wanita mempertemukan dua gandingan China, YangWei/Zhang Jiewen dan Gao Ling/Zhao Tingting pada perlawanan akhir.

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA PROTON 2008
TARIKH: 20/01/2008
AKHIR

Bergu Campuran
*6 HE HANBIN/YU YANG (Chn) mn LEE YONG DAE/LEE HYO JUNG (Kor) 21:14, 21:15 {36 minit}

Perseorangan Wanita
TINE RASMUSSEN (Den) mn *3 ZHU LIN (Chn) 18:21, 21:19, 21:18 {69 minit}

Perseorangan Lelaki
*1 LEE CHONG WEI (Mas) mn LEE HYUN ILL (Kor) 21:15, 11:21, 21:17 {61 minit}

Bergu Wanita
*2 YANG WEI/ZHANG JIEWEN (Chn) mn GAO LING/ZHAO TINGTING (Chn) 21:13, 16:21, 24:22 {62 minit}

Bergu Lelaki
*2 MARKIS KIDO/HENDRA SETIAWAN (Ina) mn LARS PAASKE/JONAS RASMUSSEN (Den) 21:10, 20:22, 21:18 {49 minit}

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: