NUSA MAHSURI BC

Kelayakan Piala Thomas: Chinese Taipei pencabar terkuat negara

Posted by ADMIN di 4 Februari 2008

PASUKAN Chinese Taipei dijangka menjadi pencabar terkuat kepada skuad negara apabila diletakkan dalam satu kumpulan yang sama pada pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Stadium Tan Son Nhat, Ho Chi Minh mulai 19 – 24 Februari ini.

Selain Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan kelayakan dan Chinese Taipei, Kumpulan A akan turut dibarisi oleh Filipina dan Kemboja.

Bagi Kumpulan B, ia akan diketuai Korea Selatan, Singapura dan Vietnam sementara Jepun, India dan Pakistan menggunguli Kumpulan C. Manakala pilihan keempat kejohanan, Hong Kong diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Thailand, Macau dan Sri Lanka.

Pada saingan kelayakan Piala Uber, skuad negara dijangka menghadapi pertarungan sengit apabila diundi menentang India dalam Kumpulan Z.

Jepun yang dianggap favourite dan pilihan pertama kejohanan, diletakkan dalam Kumpulan W bersama-sama Thailand dan Sri Lanka. Korea Selatan pula akan berdepan dengan Singapura dan Kemboja dalam Kumpulan X sementara Kumpulan Y dibarisi Hong Kong, Chinese Taipei dan Vietnam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: