NUSA MAHSURI BC

Alor Setar medan penentuan juara kebangsaan 2007

Posted by ADMIN di 20 Mac 2008

BANDARAYA Alor Setar bakal menjadi menjadi medan pertembungan barisan pemain badminton terbaik negara untuk merebut hadiah keseluruhan sebanyak RM84,000.00 sekaligus takhta juara kebangsaan pada pusingan akhir Grand Prix Kebangsaan Proton 2007 yang akan berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Negeri Kedah mulai 25 – 29 Mac ini.

Antara nama-nama besar yang akan turun beraksi ialah juara bertahan, Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim, Wong Choong Hann, Muhammad Roslin Hashim dan Tan Chun Seang untuk acara perseorangan lelaki.

Bagi acara bergu lelaki, pasangan kontroversi, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan turut menyerikan kejohanan disamping pasangan veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah dan Ong Soon Hock/Tan Bin Shen.

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan kejohanan kali ini mungkin kurang menarik berikutan ketiadaan kelibat Wong Mew Choo yang tidak disenaraikan dan ia pasti akan menjadi medan pertembungan dua jaguh muda, Julia Wong dan Anita Raj Kaur sambil dicabar Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru.

Selain itu, pasangan Fong Chew Yen/Mooi Hing Yau, Amelia Anscelly/Chong Sook Chin, Goh Liu Ying/Ng Hui Lin juga akan turun memperagakan aksi masing-masing dalam acara bergu wanita manakala pasangan Lim Khim Wah/Ng Hui Lin, Gan Teik Chai/Fong Chew Yen, Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei adalah antara yang dilihat menjadi calon favourite untuk muncul juara acara bergu campuran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: