NUSA MAHSURI BC

Akhir GP Kebangsaan 2007: Choon Hann, Hafiz tarik diri?

Posted by ADMIN di 24 Mac 2008

DUA PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Muhammad Hafiz Hashim dan Wong Choong Hann dilaporkan menarik diri dari bertanding pada pusingan akhir Grand Prix Kebangsaan 2007 mulai 25 – 29 Mac ini.

Menurut sumber, penarikan diri kedua-duanya dijangka merencatkan sedikit kemeriahan suasana kejohanan yang terdahulu turut menerima khabar kurang gembira apabila jaug perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo tidak disenaraikan kerana tidak menyertai siri kejohanan Grand Prix tempatan.

Berikutan penarikan diri itu, dua calon lain termasuk pemain remaja kebangsaan Lim Fang Yang dan pemain Nusa Mahsuri yang mewakili Selangor, Zulfari Abdullah telah terpilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hafiz dan Choon Hann. Ini sekaligus mengakibatkan draw perlawanan yang dibuat terpaksa ditukar pada saat akhir.

Selepas perubahan tersebut, Yeoh Kay Bin yang terdahulu berada dalam Kumpulan C telah diletakkan sebagai pemain pilihan dalam Kumpulan D manakala pemain utama Nusa Mahsuri, Muhammad Roslin Hashim mengambilalih tempat K.Yogendran sebagai pemain pilihan Kumpulan C.

Berdasarkan perkembangan terkini, pemain pilihan utama kejohanan, Lee Chong Wei dijangka mudah memasuki gerbang separuh akhir untuk menentang Roslin yang diramal mampu mengungguli Kumpulan C sementara Tan Chun Seang dilihat memiliki potensi besar sebagai pemenang Kumpulan B biarpun dicabar sengit Arif Latif sebelum berdepan Kay Bin yang kelihatan selesa mendominasi Kumpulan D.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: