NUSA MAHSURI BC

Ni Hao & Hilir Perak anjur Kejohanan Berpasukan

Posted by ADMIN di 2 Julai 2008

 

KELAB Badminton Ni Hao dengan kerjasama Persatuan Badminton Hilir Perak akan menganjurkan satu Pertandingan Badminton Berpasukan dikenali Piala Holland selama dua hari di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) San Min, Teluk Intan bermula 16 Ogos depan.

Tujuan utama kejohanan berkenaan diadakan adalah untuk mengumpul dana mendirikan sebuah bangunan kelas baru SMJK San Min Teluk Intan.

Pertandingan mengikut susunan bermula bergu pertama, perseorangan dan bergu kedua itu terbuka kepada semua pemain tanpa mengira had umur malah pemain negara dan negeri juga dibenarkan mengambil bahagian.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.00 beserta piala dan pingat kepada juara diikuti naib juara RM3,000.00 beserta pingat, RM1,000.00 akan diagihkan kepada pemenang tempat ketiga dan keempat.

Kepada mana-mana pasukan yang berminat, bolehlah mendapatkan borang penyertaan daripada pihak penganjur dan mengembalikan borang itu beserta wang pendaftaran sebanyak RM300.00 sebelum 10 Julai 2008.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Teoh Gim Beng (013-5244551), Encik Kok Heng (05-6212330), Encik Ajo (012-5067208) atau Encik Wong Choon Seong (019-2229970).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: