NUSA MAHSURI BC

Malaysia bolot 3 kejuaraan di Vietnam

Posted by ADMIN di 3 Julai 2008


USAHA penyertaan negara ke Kejohanan Cabaran Antarabangsa Vietnam yang berlangsung di Stadium Phan Dinh Phung, Ho Chi Minh City mulai 1 Julai lalu membuahkan hasil apabila wakilnya berjaya memenangi tiga kejuaraan dari lima acara dipertandingkan.

Memulakan langkah gemilang ialah gandingan Lim Khim Wah/Ng Hui Lin yang berjaya mengenepikan rakan senegara, Razif Latif/Chong Sook Chin dalam pertandingan akhir acara bergu campuran yang mengheret ke perlawanan penentuan.

Khim Wah/Hui Lin yang juga pilihan ketiga kejohanan menang 21-15, 19-21, 21-15 dalam masa 50 minit.

Kejayaan seterusnya disusuli pula oleh permainan menarik dipamerkan oleh bintang muda Piala Uber negara, Lydia Cheah Li-Ya yang berjaya menjinakkan pilihan kelapan kejohanan, Han Hung Shin dari Chinese Taipei 22-20, 21-15 hanya memakan masa 25 minit sahaja.

Meskipun tidak diletakkan sebagai pasangan pilihan kejohanan dan berstatus kelab, gandingan Ng Kean Kok/Hong Chieng Hun turut merasai nikmat kejuaraan apabila berjaya menjuarai acara bergu lelaki dengan mengejutkan bergu remaja negara yang sedang meningkat naik, Razif Latif/Chan Peng Soon dalam pertarungan agak sengit.

Kean Kok/Chieng Hun yang pernah berada dalam kelompok bergu senior negara terpaksa mengambil masa 56 minit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Gandingan itu menang 19-21, 28-26, 21-13.

Hasrat pemain perseorangan remaja negara, Chong Wei Feng untuk menggapai kejuaraan pertama badminton antarabangsa pula tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan kelibat bintang tuan rumah, Nguyen Tien Minh 21-17, 10-21, 24-26 yang berakhir ke minit 60.

Ketua Jurulatih Remaja Kebangsaan, Rashid Dato’ Sidek yang mengiringi delegasi negara ke kejohanan tersebut berkata, Wei Feng gagal menamatkan perlawanan penentuan biarpun satu ketika berjaya mendahului 20-17.

“Meskipun sudah berada di penghujung mata akhir, Wei Feng gagal menamatkan perlawanan tersebut. Ini memberi nafas baru dan kesempatan kepada lawan untuk merapatkan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan,” ujarnya.

KEPUTUSAN PENUH

BERGU CAMPURAN
Lim Khim Wah/Ng Hui Lin (Mas) mn Razif Latif/Chong Sook Chin (Mas) 21:15, 19:21, 21:15 {50 minit}
PERSEORANGAN WANITA
Lydia Cheah (Mas) mn Han Hung Shih 22:20, 21:15 {25 minit}
PERSEORANGAN LELAKI
Chong Wei Feng (Mas) kk Nguyen Tien Minh (Vie) 21:17, 10:21, 24:26 {60 minit}
BERGU WANITA
Liu Fan Frances/Neo Yu Yan Vanessa (Sin) mn Yao Lei/Sari Shinta Mulia (Sin) 21:15, 18:21, 21:16 {45 minit}
BERGU LELAKI
Ng Kean Kok/Hong Chieng Hun (Mas) mn Razif Latif/Chan Peng Soon (Mas) 19:21, 28:26, 21:13 {56 minit}

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: