NUSA MAHSURI BC

Tak ada sebab tak boleh menang emas – Nadzmi

Posted by ADMIN di 31 Julai 2008

DATUK Mohd Nadzmi Salleh melaungkan keyakinan bahawa skuad badminton negara mampu mencatatkan pencapaian cemerlang pada temasya Sukan Olimpik Beijing bermula 9 – 17 Ogos depan.

“Jika pemain kita mampu mempamerkan prestasi terbaik sewaktu temasya berlangsung, tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh memenangi pingat emas yang diidamkan.  Inilah peluang terbaik mereka sepanjang karier sebagai pemain badminton.

“Bermain di Olimpik lazimnya memberi suntikan tambahan kepada pemain kerana ia bukannya seperti kejohanan terbuka yang pernah disertai. Saya percaya mereka boleh memberi cabaran terkuat  di Beijing nanti,”katanya.

Ketika memperkatakan kelibat pemain yang berpeluang meraih pingat emas, Nadzmi tidak menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa  bintang perseorangan utama negara, Lee Chong Wei adalah salah seorang pemain yang dilihat memiliki peluang cerah memungut pingat emas pertama negara di temasya itu nanti. 

“Sebelum ini, Chong Wei telah berjaya menundukkan ramai pemain ternama dunia termasuk Lin Dan di tanahairnya sendiri. Jika dia mampu mengulangi pencapaian seperti pusingan akhir Piala Thomas lalu, saya yakin Chong Wei berupaya memenuhi hasrat besar kita semua.

“Andai Chong Wei dan pemain-pemain yang memikul cabaran kali ini gagal, kita terpaksa menanti empat tahun lagi untuk merebut peluang ini, tambah Nadzmi yang akan berlepas ke Beijing pada 12 Ogos ini bagi menyuntik semangat kepada barisan pemain yang akan bertanding.

Selain Chong Wei, turut mengambil bahagian kali ini ialah Wong Choon Hann (perseorangan lelaki), Wong Mew Choo (perseorangan wanita), Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (bergu lelaki), Choong Tan Fook/Lee Wan Wah (bergu lelaki), Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (bergu wanita).

Barisan pemain yang kini menjalani persiapan terakhir di Stadium Juara sejak 21 Julai lalu dijangka akan berlepas ke Beijing pada 5 Ogos.

Dalam sejarah pembabitan negara, badminton adalah satu-satunya sukan yang berjaya menempa nama pada temasya terulung dunia itu. Mendahului senarai ialah kejayaan anak Datuk Sidek Abdullah Kamar, Razif, Jalani dan Rashid yang berjaya membawa pulang pingat gangsa diikuti pingat perak menerusi penyertaan gandingan Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock yang tewas dalam perlawanan berlanjutan sehingga ke set penentuan kepada Rexy Manaiky/Ricky Subadja dari Indonesia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: