NUSA MAHSURI BC

Cabaran negara bermula Sabtu ini

Posted by ADMIN di 5 Ogos 2008


SEMBILAN pemain badminton yang menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Olimpik berlepas ke  Beijing malam tadi.

Skuad diketuai bintang perseorangan, Lee Chong Wei dijadual memulakan cabaran awal pada Sabtu ini dan dilihat memiliki prospek cerah dalam memburu pingat emas pertama negara dalam sejarah penyertaan ke sukan terbesar dunia itu.

Chong Wei yang menerima bye pada pusingan pertama akan berdepan dengan jaguh Singapura, Ronald Susilo pada pada pusingan kedua sebelum menentang pemenang Stanislav Pukhov dari Russia atau pemain Lithuania, Kestutis Navickas.

 Andai berjaya melepasi halangan tersebut, anak jati Bukit Mertajam ini bakal mengharungi saingan lebih sengit apabila beliau  dikatakan akan  menemui pemain pilihan keenam temasya, Sony Dwi Kuncoro atau Boonsak Ponsana dari Thailand.

Pada separuh akhir, Bao Chunlai yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga temasya atau pemenang antara Kenneth Jonassen atau Lee Hyun Ill dari Korea dilihat bakal menanti kehadiran Chong Wei sebelum boleh berkira-kira mahu melangkah ke akhir.

SENARAI DELEGASI BADMINTON NEGARA KE SUKAN OLIMPIK BEIJING
Perseorangan Lelaki
LEE CHONG WEI
WONG CHOONG HANN
Perseorangan Wanita
WONG MEW CHOO
Bergu Lelaki
CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH
KOO KIEN KEAT/TAN BOON HEONG
Bergu Wanita
WONG PEI TTY/CHIN EEI HUI
Jurulatih
MISBUN DATUK SIDEK
REXY MANAIKY
YAP KIM HOCK


2 Respons to “Cabaran negara bermula Sabtu ini”

  1. jacqueline said

    kepada semua atlet badminton negara,saya mewakili seluruh rakyat sabah mengucapkan semoga berjaya dalam olimpik dan selamat kembali dengan gemilang dan bangganya…saya doakan anda semua berjaya dengan bimbingan jurulatih yang profesional….god bless you all…

  2. Ammar said

    Buat Dengan Bersungguh-sungguh.
    Semoga Dapat Mengharumkan Nama Negara Kita]
    SEMOGA DAPAT MENJADI PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA!!!!
    MAIN DENGAN BAIK TAU!!!!!!!
    ASSALAMUALAIKUM!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: