NUSA MAHSURI BC

Hyun Ill halangan utama Chong Wei gapai emas

Posted by ADMIN di 15 Ogos 2008

JIKA diambilkira pencapaian sepanjang musim ini,  Lee Chong Wei sudah pasti menganggap pertemuan separuh akhir individu Sukan Olimpik esok menentang  Lee Hyun Ill bakal menjadi penentu hidup mati dan halangan utama bintang badminton negara kita untuk menerjah gerbang perebutan pingat emas.

Berlandaskan rekod 10 pertemuan,  kedua-duanya masih terikat dengan 5 kemenangan masing-masing. Pada Terbuka Malaysia awal tahun ini, Chong Wei berjaya mengenepikan Hyun Ill pada perlawanan akhir sekaligus muncul juara. Bagaimanapun, rekod tersebut tidak bertahan lama apabila terpaksa menyerah pada pusingan kedua Terbuka Korea seminggu selepas itu dengan memberi kemenangan percuma kepada Hyun Ill ekoran masalah demam panas.

Ironisnya, baik Chong Wei mahupun Hyun Ill, kedua bintang ini turut dilihat bakal menghalang kem China dari menyapu bersih 5 kategori acara yang dipertandingkan.

DRAW PERLAWANAN
INDIVIDU SUKAN OLIMPIK 2008
SEPARUH AKHIR

Perseorangan Lelaki
*2 LEE CHONG WEI (Mas) lwn LEE HYUN ILL (Kor) – 6.30pm, 15/8/2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: