NUSA MAHSURI BC

Chong Wei buru emas malam esok

Posted by ADMIN di 16 Ogos 2008

BINTANG badminton negara, Lee Chong Wei akan memulakan cabaran memburu pingat emas acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik menentang pemain nombor satu dunia, Lin Dan jaguh pada jam 8.48 malam esok.

Selepas berjaya mengenggam sasaran untuk mengutip pingat di temasya ini, anak jati Bukit Mertajam ini pasti berazam dan tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk melakar sejarah sebagai anak Malaysia pertama meraih pingat emas di Sukan Olimpik.

Berdasarkan rekod, Lin Dan sedang mendahului Chong Wei 8-3 dalam 12 pertemuan. Kali terakhir mereka bertemu ketika pusingan akhir Piala Thomas di Jakarta Mei lalu yang menyaksikan Chong Wei mencapai kemenangan.

Melihat kepada persembahan dipamerkan sepanjang temasya berprestij ini, ramai meramalkan peluang Chong Wei agak terbuka dan tidak mustahil impian seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan pingat emas dibawa pulang akan termakbul kiranya pemain perseorangan negara kita memulakan langkah bergaya terutama pada set pertama biarpun ia berlangsung di negara Tembok Besar China.

Justeru itu, sama-samalah kita berdoa dan menonton pertemuan Chong Wei-Lin Dan secara langsung menerusi rangkaian televisyen ASTRO dan RTM.

 

DRAW PERLAWANAN
INDIVIDU SUKAN OLIMPIK 2008
AKHIR (Perebutan Pingat Emas)

Perseorangan Lelaki
*2 LEE CHONG WEI (Mas) lwn *1 LIN DAN (Chn) – 8.48pm, 17/8/2008

3 Respons to “Chong Wei buru emas malam esok”

  1. sy harap lee chong wei akan berjaya mendapat pingat emas yg pertama buat malaysia……….

  2. abg chong wei sentiasa menang n gagah sy la peminat abg chong wei

  3. Wan said

    Semoga kejayaan mengiringi perjuangan Chong Wei.. rakyat Malaysia bersatu memberikan sokongan. Bila menang harap tak lupa diri dan sumbangkanlah sedikit habuan untuk golongan memerlukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: