NUSA MAHSURI BC

Kerajaan Melaka iktiraf Misbun

Posted by ADMIN di 25 Ogos 2008

SELEPAS pemegang pingat perak Sukan Olimpik Beijing, Lee Chong Wei diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)yang membawa gelaran Datuk, kini tiba pula giliran jurulatih peribadinya, Misbun Sidek turut menerima pengiktirafan yang sama apabila Kerajaan negeri Melaka hari ini mengumumkan akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada beliau.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penganugerahan yang diberikan kepada Misbun sebagai menghargai jasa beliau mengharumkan nama negara dalam sukan badminton.

“Selepas berbincang dengan Yang DiPertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, beliau bersetuju menganugerahkan darjah itu kepada Misbun yang membawa gelaran Datuk.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja kejayaan beliau melatih Chong Wei sehingga memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini, tetapi turut mengambil kira pencapaiannya sebagai pemain yang amat disegani suatu ketika dahulu.

Kata Mohd Ali lagi, penganugerahan darjah tersebut akan disampaikan sendiri oleh Tun Mohd Khalil di Istana Melaka Khamis ini.

Dalam pada itu, Chong Wei pula dengan nada ringkas berkata, penganugerahan darjah tersebut kepada Misbun sememangnya kena pada masanya kerana kegigihan beliau melatih pemain tidak disangkal lagi apatah lagi kehebatan beliau sebagai pemain pada era 80-an dahulu.

Selain membimbing Chong Wei memenangi pingat perak di Beijing, Misbun juga dikenali tunjang utama kejayaan Rashid Sidek mencipta nama sebagai pemain perseorangan lelaki pertama negara memperolehi pingat di Sukan Olimpik Atlanta pada 1996.

Pada temasya tersebut, Rashid berjaya membenam cabaran bintang Indonesia, Allan Budi Kusuma dalam perebutan pingat gangsa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: