NUSA MAHSURI BC

Terbuka P.Pinang: 2 pemain remaja Nusa Mahsuri iringi Roslin ke Suku Akhir

Posted by ADMIN di 28 Ogos 2008

DUA pemain remaja Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri BC), Misbun Ramdan Datuk Misbun dan Chiang  Jiann Shiarng mengiringi Muhammad Roslin Hashim untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Divisyen Dua Kejohanan Terbuka Pulau Pinang Proton 2008 yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang sebentar tadi.

Pada perlawanan pusingan keempat, Misbun Ramdan berjaya mengenepikan jaguh tuan rumah, Tan Yen Min 21:19, 21:17 dalam masa 35 minit manakala Chiang terpaksa berhempas pulas sebelum menang dalam pertarungan rubber set menentang Koay Wei Sheng 21:9, 10:21, 21:17  {43 minit}.

Terdahulu dari itu, Roslin yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga bagi Divisyen Satu kejohanan tidak menghadapi masalah menewaskan Loo Yik Xiang  21:9, 21:19 dalam masa 35 minit.

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN TERBUKA PULAU PINANG 2008
PUSINGAN KETIGA

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI
Lok Chong Chieh mn Soo Kar Seong 21:13, 16:21, 21:14
*8 Arif Latif mn Zulfadli Zulkifli 20:22, 21;13, 21:13
*3 Muhammad Roslin Hashim mn Loo Yik Xiang 21:9, 21:19
*6 Kuan Beng Hong mn Chan Kwong Beng 21:12, 21:15
K.Yogendran mn *7 Tan Chun Seang 22:20, 21:16
Liew Daren mn *4 Yeoh Kay Bin 21:14, 18:21, 21:15
*5 Chong Wei Feng mn Nazree Latifi 21:13, 21:12
*2 Muhammad Hafiz Hashim mn Lim Fang Yang 13:21, 21:9, 21:10

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: