NUSA MAHSURI BC

DMSM setimpal dengan pengorbanan Misbun – Ali Rustam

Posted by ADMIN di 28 Ogos 2008

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam menyifatkan penganugerahan Darjah Kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Datuk Misbun Dato’ Sidek adalah satu penghormatan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri terhadap sumbangan besar jurulatih perseorangan negara itu yang telah lama menabur bakti kepada rakyat dan negara.

“Lebih 30 tahun Misbun telah mengabdikan diri dalam dunia badminton di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru itu sudah sampai masanya segala titik peluh, pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas dalam memartabatkan sukan badminton diberi pengiktirafan setimpal dengan usaha dilakukan selama ini.

“Sewaktu era sebagai pemain, Misbun telah menempa nama sebagai lawan yang cukup digeruni di atas digelanggang. Begitu juga sebagai jurulatih beliau telah berjaya membawa pemainnya ke peringkat tertinggi dengan memenangi dua pingat Sukan Olimpik.

“Misbun turut bertanggungjawab membawa Hafiz Hashim merangkul kejuaraan Seluruh England pada 2003 dan mementaskan Roslin Hashim bergelar pemain nombor satu dunia pada 2001. Semuanya jelas memaparkan prestasi Misbun amat memberangsangkan,” ujarnya semasa berucap di majlis ringkas penganugerahan darjah DMSM kepada Misbun di pejabat Tuan Yang Terutama, Seri Negeri, Ayeh Keroh petang tadi. 

Penganugerahan darjah kebesaran tersebut telah disampaikan Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail SabriYaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Nadzmi Salleh.

Kata Mohd Ali, sumbangan Misbun kepada sukan badminton tanahair bukan sekadar melatih pemegang pingat perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei dan barisan pemain kebangsaan lain sebaliknya turut memainkan peranan membantu pembangunan pemain di peringkat akar umbi menerusi klinik badminton di peringkat kanak-kanak.

“Semoga penganugerahan ini akan menyuntik semangat kepada Misbun untuk terus memberi sumbangan yang bermakna kepada sukan badminton negara sekaligus mendorong generasi muda untuk bergiat secara lebih konsisten untuk meningkatkan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.” kata Mohd Ali lagi.

Sementara itu, Misbun ketika bercakap dalam sidang media selepas majlis tersebut tidak dapat menahan rasa sebak dan terharu dengan penghormatan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan darjah DMSM kepadanya.

Beliau yang turut diiringi isteri tersayang, Datin Latifah Sidek menganggap penganugerahan tersebut sebagai satu tanggungjawab besar untuk memastikan lebih ramai pemain berkaliber pada masa depan.

“Sebagai jurulatih, saya akan mencurah segala ilmu yang dimiliki dengan melaksanakan segala program yang sudah disusunatur untuk membentuk lebih ramai pemain pelapis bertaraf dunia sebagai persediaan menghadapi kejohanan besar termasuk menghadapi Sukan Olimpik London 2012,” ujar Misbun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: