NUSA MAHSURI BC

Roslin lompat ke nombor 18 Dunia

Posted by ADMIN di 26 September 2008


EKORAN kejayaan muncul naib juara Kejohanan Terbuka Chinese Taipei dan melayakkan diri ke suku akhir Terbuka Jepun minggu lalu membolehkan Muhammad Roslin Hashim menarik nafas lega apabila kedudukan rankingnya turut meningkat secara mendadak.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam keluaran terbarunya bertarikh 25 September 2008 menunjukkan bahawa pemain utama Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu kini menduduki ranking nombor 18 Dunia selepas memperolehi 37040 mata berbanding nombor 29 dua minggu sebelumnya.

Kejayaan ini turut meletakkan Roslin berkedudukan sebagai pemain nombor tiga negara di belakang  pemegang pingat perak Sukan Olimpik Beijing, Datuk Lee Chong Wei dan rakan seangkatan, Wong Choong Hann.

Dalam perkembangan yang sama, Chong Wei yang terpaksa akur dengan kemantapan permainan Sony Dwi Kuncoro pada perlawanan akhir Terbuka Jepun masih mampu menguntum senyuman apabila kedudukan ranking nombor satu dunia kekal menjadi miliknya apatah lagi pencabarnya, Lin Dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai mana-mana kejohanan dalam tempoh terdekat ini termasuk Terbuka China Masters yang sedang berlangsung sekarang.

KEDUDUKAN RANKING DUNIA PEMAIN NEGARA
1)     Datuk Lee Chong Wei – 84179 mata
17)   Wong Choong Hann – 37368 mata
18)   Muhammad Roslin Hashim – 37040 mata
19)   Sairul Amar Ayob – 36850 mata
28)   Lee Tsuen Seng –  33120 mata
32)   Muhammad Hafiz Hashim – 31194 mata
43)   Yeoh Kay Bin – 25960 mata
53)   Chong Wei Feng – 20670 mata
67)   Kuan Beng Hong – 17710 mata
72)   Tan Chun Seang – 16820 mata
81)   Arif Abdul Latif – 15506 mata
125) Liew Daren – 10040 mata
131) Chong Li Qun – 9150 mata
141) Pei Wei Chung – 8130 mata
150) James Chua – 7380 mata
154) Beryno Wong – 7060 mata
166) Allan Tai – 6030 mata
174) K. Yogendran – 5790 mata
179) Chan Kwong Beng – 5540 mata
184) Vountus Indra Mawan – 5400 mata
196) Lim Kenn – 4640 mata

2 Respons to “Roslin lompat ke nombor 18 Dunia”

  1. Ricky said

    U harus macam Dato.

  2. wahida said

    tahniah…
    teruskan usaha…
    moga terus sukses di masa akn datang!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: