NUSA MAHSURI BC

Sinar Harapan Terbuka Sinar Latifah 7 Nov ini

Posted by ADMIN di 30 Oktober 2008

 

ATAS kesedaran terhadap penderitaan dialami Datin Latifah Sidek, isteri  jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Dato’ Sidek yang mengidap penyakit buah pinggang, stesen radio terkemuka tanahair, Sinar.FM dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  akan menganjurkan satu pertandingan badminton amal dikenali ‘Sinar Harapan Terbuka Sinar Latifah’ pada 7 November ini.

Bertempat di Stadium Juara, Jalan Bukit Kiara Kuala Lumpur, lokasi latihan dan ibu pejabat BAM,  mulai jam 6 petang, para peminat badminton dan pendengar Sinar.FM akan disajikan perlawanan melibatkan penyampai-penyampai terkenal radio itu dengan barisan pemain dan jurulatih badminton negara.

Daya tarikan

Pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, Sinar.FM dan BAM telah mengumumkan bahawa  kemuncak program tersebut yang pasti sukar dilupakan ialah perlawanan antara gandingan penyampai Sinar.FM yang terdiri daripada Salih Yaccob, Raja Azura dan Krill menentang Datuk Misbun Dato’ Sidek dalam perlawanan satu set diikuti pertemuan dengan bintang sensasi negara, Datuk Lee Chong Wei.

Bagi menyaksikan perlawanan amal itu, para peminat hanya perlu menghulurkan sumbangan ikhlas RM5  sahaja sebagai bayaran masuk dan sebarang bayaran tambahan adalah amat dialu-alukan.

Selain itu, gandingan Sidek Brother dan Hashim Brothers iaitu Roslin dan Hafiz juga menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian dalam memeriahkan perlawanan amal tersebut.

Malah satu jualan lelong turut diadakan dikalangan para peminat bagi memiliki jersi Misbun dan Chong Wei. Bahkan para peminat boleh membida untuk beraksi menentang sama ada Misbun atau Chong Wei yang sekaligus memberi satu peluang untuk beraksi dalam gelanggang dengan wira pujaan mereka.

Dalam merancakkan lagi suasana perlawanan amal itu, Misbun berharap semua peminat badminton di seluruh negara akan hadir memberi sokongan dan memenuhi matlamat kutipan tabung diusahakan oleh Sinar.FM  yang mahu membantu membiayai kos perubatan isterinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: