NUSA MAHSURI BC

Misbun ketuai delegasi Nusa Mahsuri tunai fardu haji

Posted by ADMIN di 28 November 2008


27-11-08_2239

Jurulatih Nusa Mahsuri, Zulfari memeluk erat Amir Yusoff sebelum bersalaman dengan Misbun sewaktu delegasi haji Nusa Mahsuri berangkat ke Kompleks Tabung Haji malam tadi.

DELEGASI Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang diketuai Datuk Haji Misbun Dato’ Sidek telah berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan fardu haji pada jam 7.30 pagi tadi.

Turut serta dalam delegasi seramai 7 orang itu ialah Ketua Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Roslin Hashim.

Delegasi tersebut dijangka kembali ke tanahair pada akhir Disember ini.

Dalam perkembangan yang sama, satu majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena pemergian mereka ke sana telah diadakan pada malam tadi di kediaman rasmi Misbun yang turut dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat.

Selepas berakhir majlis tersebut, delegasi itu kemudiannya menaiki kenderaan masing-masing ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya bagi tujuan melaporkan diri.

Foto sekitar majlis kesyukuran dan doa selamat delegasi Haji Nusa Mahsuri BC

27-11-08_214727-11-08_215827-11-08_220627-11-08_224127-11-08_2351127-11-08_235427-11-08_235928-11-08_0002

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: