NUSA MAHSURI BC

Misbun masuk hospital diserang jangkitan paru-paru

Posted by ADMIN di 30 Disember 2008


30-12-08_18222

Datuk Misbun sedang memperkatakan sesuatu kepada Chong Wei dan Mew Choo yang mengunjungi beliau petang tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tawakkal ekoran diserang jangkitan paru-paru.

PENASIHAT Nusa Mahsuri dan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek dimasukkan ke Hospital Tawakkal Kuala Lumpur malam tadi selepas diserang jangkitan paru-paru hingga  menyebabkan seluruh badannya tidak bermaya.

Misbun yang ditemui di hospital berkata, setakat ini pihak hospital telah mengambil kahak dan darah untuk tujuan ujian bagi mengenal pasti kedudukan sebenar masalah yang dihadapi.

“Syukur alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah menerima rawatan. Cuma badan saya masih lesu. Saya kini menanti keputusan ujian daripada pihak hospital. Setakat ini, pihak hospital hanya memaklumkan bahawa badan saya diserang jangkitan paru-paru” ujar beliau yang ditemani isteri tersayang, Datin Latifah Sidek.

Sementara itu, bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, Hafiz Hashim, Roslin Hashim, Arif Latif dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan  Atlet Kebangsaan, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar adalah antara personaliti yang sempat mengunjungi  Misbun di hospital tersebut sebentar tadi.

Chong Wei ketika mengulas perkara itu berkata, beliau menerima berita sifunya dimasukkan ke hospital pada sebelah pagi tadi.

“Saya menerima berita pagi tadi, kemudian saya mengambil keputusan untuk mengunjungi pada sebelah petang sebaik sahaja selesai menjalani latihan. Semasa menemuinya tadi, saya cuma berharap beliau akan segera sembuh. Maklumlah sejak pulang dari mengerjakan haji, kesihatannya masih tidak stabil.

Sepanjang ketiadaan Misbun katanya, beliau kini gigih menjalani latihan dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock sebagai persiapan menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung mulai 6-11 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Advertisements

3 Respons to “Misbun masuk hospital diserang jangkitan paru-paru”

  1. saiful said

    Salam….
    Semoga Datuk cepat sembuh, anak buah perlukan sokongan… 😉

  2. gerektua said

    semoga cepat sembuh…

  3. tahniah buat Datuk Lee chong wei
    teruskan usaha anda
    I LOVE YOU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: