NUSA MAHSURI BC

Pemain Universiti Kobe jalani latihan sejak semalam

Posted by ADMIN di 22 Februari 2009


smakobe

Ikarugi Chikako..ketuai delegasi Universiti Kobe

smakobe11

Dua pemain Kobe kelihatan komited dengan latihan diberikan Zulfari pada sesi latihan sebelah pagi.

smakobe21

Zulfari sedang memberi latihan drill kepada salah seorang pemain Kobe.

SERAMAI empat pemain dari Jepun termasuk dua pemain utama Universiti Kobe sedang mengikuti latihan intensif  di Kelab Nusa Mahsuri sejak semalam.

Semasa ditemui di Kompleks Sukan MBPJ Kelana Jaya, delegasi skuad tersebut diketuai Pembantu Prof. Ikarugi Chikako dilihat begitu gigih menjalani latihan dibawah bimbingan Penolong Jurulatih, Zulfari Abdullah sambil turut berpeluang mengadakan latihan bersama dengan pemain-pemain program pembangunan remaja.

Empat pemain tersebut ialah Iwabu Yoshihiro, Sumiyoshi Taiyo, Asano Gosuke dan Inomoto Akiu.

“Ini merupakan kali kedua saya mengiringi para pemain universiti saya menjalani latihan di sini. Saya amat berharap pemain yang terpilih mengikuti latihan ini akan menggunakan segala ruang untuk meningkatkan taraf permainan selain mempelajari sebanyak mungkin teknik permainan sukan badminton secara mendalam khususnya menerusi pendekatan praktikal. Sesungguhnya, kami amat berterima kasih kepada Nusa Mahsuri kerana sedia menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti seluruh Jepun dan persatuan badminton negeri,”kata Chikako.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: