NUSA MAHSURI BC

KBS-Nusa Mahsuri anjur Kem Bakat mulai 17 Julai

Posted by ADMIN di 13 Julai 2009

logokbsnusamahsuriproDALAM usaha mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dan melakukan transformasi sebagai menyahut slogan Perdana Menteri ‘Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri mengorak langkah untuk menganjurkan Kem Bakat Badminton bermula pertengahan Julai ini.

Kem selama tiga hari itu akan dikendalikan barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri diketuai Ketua Jurulatih, Haji Abdul Rahman Datuk Sidek disamping menerima sentuhan khas daripada jurulatih badminton kebangsaan yang terdiri daripada Datuk Misbun Datuk Sidek dan Haji Abdul Rashid Datuk Sidek.

Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, sebagai langkah permulaan program tersebut akan dijalankan di enam zon.

Zon 1
(Johor, Melaka & Negeri Sembilan)
Tarikh: 17 – 19 Julai 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin

Zon 2
(Terengganu, Kelantan & Pahang)
Tarikh: 31 Julai – 2 Ogos 2009
Lokasi: Kompleks Rakan Muda, Kemaman, Terengganu

Zon 3
(Perlis & Kedah)
Tarikh: 2 – 4 Oktober 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar

Zon 4
(Selangor & WP Kuala Lumpur)
Tarikh: 9 – 11 Oktober 2009
Lokasi: Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor

Zon 5
(Kelantan, Terengganu & Pahang)
Tarikh: 6 – 8 November 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan JBS Negeri Kelantan, Panji

Zon 6
(Perak & Pulau Pinang)
Tarikh: 13 – 15 November 2009
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan JBS Perak, Ipoh

Kem itu jelasnya, adalah sangat penting untuk memberi bimbingan terhadap sistem permainan yang betul kepada para peserta supaya mereka mampu mengenengahkan ke tahap lebih tinggi lagi sambil memberi keyakinan untuk pergi lebih jauh lagi pada masa depan.

Kata Abdul Ghani, pihak kementerian telah menetapkan untuk memberi keutamaan bakat-bakat baru berusia 10 – 14 tahun kebawah yang memiliki asas permainan dan tidak pernah mewakili mana-mana negeri.

“Pemilihan peserta akan merangkumi penyertaan dari semua negeri dalam setiap zon. Peserta yang terpilih hendaklah membawa keperluan asas sebagaimana pemain badminton termasuk raket dan berpakaian sebagai pemain badminton semasa menjalani latihan di kem kelak, ” ujarnya.

Antara modul latihan yang bakal diterap termasuk latihan teknikal, shuttle drill, senaman, kemahiran, sesi dialog dan program motivasi.

top_motto
Klik disini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: