NUSA MAHSURI BC

Misbun terima anugerah Wira Sukan Negara

Posted by ADMIN di 17 Julai 2009


mlm-gala6

Misbun sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pelajar cemerlang di majlis kokurikulum KPM Beranang malam tadi.

mlm-gala1

Dari kanan, Misbun diapit Dr Yatim ketika sedang menyaksikan persembahan gimik dari para pelajar KPM Beranang.

mlm-gala3

Misbun menyampaikan ucapan bersempena penerimaan anugerah Wira Sukan Negara oleh KPM Beranang.

mlm-gala4

Kakitangan kanan KPM Beranang bergambar kenangan dengan Misbun. Turut kelihatan ialah Encik Azemi Yusoff, Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi MARA (duduk dua dari kiri).

mlm-gala2

Sebahagian warga KPM Beranang mengerumuni Misbun untuk mendapatkan otograf kenangan.

JURULATIH badminton kebangsaan, Datuk Misbun Dato’ Sidek menyeru setiap warga pelajar khususnya Kolej Profesional MARA (KPM) supaya mempertingkatkan usaha dalam bidang kokurikulum setanding pencapaian akademik.

“Kegiatan kokurikulum hari ini bukan semata-mata merujuk kepada bidang sukan sahaja sebaliknya ia sendiri merujuk kepada skop kegiatan luar yang lebih luas meliputi persatuan, kelab, badan beruniform dan juga aktiviti tidak formal yang boleh membentuk jati diri seseorang individu ke arah kebaikan.

“Para pelajar seharusnya tidak alpa dan terawang-awang dengan aktiviti yang boleh menjerumuskan diri ke arah kehancuran. Ingatlah, setiap diharungi pada masa depan memerlukan kecekalan dan ketinggian jati diri untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna,” ujarnya semasa berucap di majlis Malam Gala Kokurikulum KPM Beranang malam tadi.

Beliau yang juga Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri melahirkan rasa bangga dengan pendekatan yang diambil MARA yang berjaya mengumpul peserta-peserta dikalangan warga badan itu untuk menyertai apa jua sukan disertai.

Aktiviti-aktiviti seumpama ini katanya, akan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga MARA sambil melahirkan pelajar yang cergas akal dan sihat tubuh badan.

Pada majlis tersebut, KPM Beranang telah memilih Misbun sebagai penerima Anugerah Wira Sukan Negara disamping penyampaian beberapa anugerah lain termasuk anugerah pelajar cemerlang Kokurikulum, anugerah pasukan cemerlang kokurikulum serta anugerah khas kepada warga pelajar dan staf.

Turut hadir pada majis itu ialah Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi MARA, Encik Mohd Azemi Yusoff dan Pengarah KPM Beranang, Dr Mohd Yatim Nawai.

Terdahulu dari itu, Mohd Azemi ketika merasmikan majlis tersebut berkata, program-program kokurikulum seharusnya tidak dipandang ringan dalam sistem pendidikan kerana menerusi aktiviti seumpama inilah nilai-nilai ‘soft skill’ pelajar dapat dibentuk selain meninggikan tahap sahsiah dan jati diri yang tinggi.

Selaras dengan itu katanya, bahagiannya telah mengambil langkah awal dengan menjadikan kokurikulum sebagai syarat kelayakan penganugerahan Diploma/HND di KPM Beranang sejak tahun 1997 lagi.

“Saya amat berharap aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan merangkumi penglibatan semua pelajar supaya ia mampu melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa depan. Kita mahu generasi muda bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan malah berketrampilan dan sahsiah mulia sebagai cabaran menghadapi era globalisasi,”katanya.

Satu Respons to “Misbun terima anugerah Wira Sukan Negara”

  1. tim said

    saya warga KPMB telah menyaksikan sejarah telah terjadi di KPMB malam tadi sempena MALAM GALA KPMB..Datuk Misbun telah telah menjadi wira sukan negara dean wira sukan warga KPMB…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: