NUSA MAHSURI BC

Misbun ketuai jelajah Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri di Terengganu esok

Posted by ADMIN di 30 Julai 2009


PEMAIN berbakat besar berusia 10 – 14 tahun yang menetap di sekitar negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menerima manfaat apabila siri jelajah Kem Bakat Badminton akan berlangsung di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu mulai esok.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Nusa Mahsuri (NMBC) ini akan dikendalikan oleh barisan jurulatih profesional Kelab Nusa Mahsuri (NMBC) diketuai Datuk Hj Misbun Dato’ Sidek.

Pada kali ini, beberapa tenaga penting kelab termasuk bekas juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim dan Semi Finalis Remaja Asia, Misbun Ramdan Misbun dijangka turut mengambil bahagian dalam usaha memberi tunjukajar permainan badminton betul kepada bakat-bakat baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: