NUSA MAHSURI BC

Aksi bersahaja bawa Misbun Ramdan ke Pusingan Kelima

Posted by ADMIN di 6 Oktober 2009


xadan

Misbun Ramdan

SEPERTI dijangka Misbun Ramdan Datuk Misbun tidak menghadapi sebarang masalah untuk membenam cabaran pemain Kelab Mutiara Bandung, Abraham Yoga 21-16, 21-10 dalam masa 25 minit petang tadi untuk membolehkan beliau mara ke pusingan kelima Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Tangkas Alfamart esok.

Dia yang juga anak kepada jurulatih perseorangan kebangsaan, Datuk Misbun Sidek akan berdepan dengan seorang lagi pemain Indonesia, Panji Akhbar Sudrajat pada jam 2.55 petang.

Momentum kemenangan Misbun Ramdan terus terserlah apabila gandingannya bersama Zulfadli dalam acara bergu lelaki berjaya mencapai kemenangan mudah ke atas pasangan Indonesia, Ghoni Arifiq Malaka/Syarifudin 21-3, 21-9 pada pusingan kedua setelah mendapat bye pada pusingan pertama. Pada pusingan ketiga, gandingan muda negara itu akan bertemu Budi Hartono/Ricky Karanda Suwandi.

Dalam acara perseorangan perempuan, cabaran negara kini digalas Sonia Cheah Su Ya, Ng Florah Siew Fong dan Yang Li Lian yang layak ke pusingan keempat manakala Tee Jing Yi yang diletakkan pilihan kedua kejohanan berputih mata apabila menerima nasib yang sama sepertimana Zulfadli selepas kecundang ditangan Rusydina Antardayu.

DRAW PERLAWANAN (Melibatkan aksi pemain negara)
KEJOHANAN CABARAN ANTARABANGSA TANGKAS ALFAMART INDONESIA
TARIKH: 7/10/2009

PERSEORANGAN LELAKI (Pusingan Kelima)
Misbun Ramdan Misbun lwn Panji Akhbar Sudjarat (Ina) – 2.55 ptg

PERSEORANGAN PEREMPUAN (Pusingan Keempat)
Sonia Cheah lwn Yulia Yosephine (Ina) – 1.45 ptg
Ng Florah Siew Fong lwn Thng Ting Ting (Sin) – 1.45 ptg
Yang Li Lian lwn Noriko Goh (Sin) – 2.20 ptg

BERGU WANITA (Pusingan Kedua)
Ng Florah Siew Fong/Tee Jing Yi lwn Chieh Tai Ching/Ching Tseng Shu (Tpe) – 11.25 pagi
Sonia Cheah/Yang Li Lian lwn Mareta Dwi Handayani/Revi Yandita (Ina) – 12.00 tgh

BERGU LELAKI (Pusingan Ketiga)
Misbun Ramdan/Zulfadli Zukifli lwn Budi Hatono/Ricky Karanda (Ina) – 1.10 ptg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: