NUSA MAHSURI BC

Sonia, Florah iringi Ramdan ke pusingan keempat

Posted by ADMIN di 6 Oktober 2009

PEMAIN yang sedang meningkat naik, Misbun Ramdan Datuk Misbun mengetuai cabaran negara untuk melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Tangkas Alfamart yang kini berlangsung di GOR Tennis Indoor, Jakarta.

Pada pusingan ketiga, Misbun Ramdan berjaya menjinakkan kegarangan pemain tuan rumah, Ardian DH dalam permainan dua set terus 21-15, 21-14 dalam masa 23 minit. Kejayaan ini membolehkan Misbun Ramdan berdepan seorang lagi pemain Indonesia, Abraham Yoga dari Bandung yang dijangka bermula jam 5.00 petang ini.

Langkah bergaya Misbun Ramdan disusuli pula kemenangan dicapai oleh Sonia Cheah Su Ya dan Ng Florah Siew Fong dalam acara perseorangan perempuan yang berlangsung hampir waktu tengahari. Walaupun terpaksa menggunakan segala kudrat dan pengalaman yang ada, Sonia yang diletakkan pilihan utama kejohanan berjaya menidakkan cabaran Hanna dari Indonesia 21-15, 18-21, 21-17 manakala Florah menang mudah ke atas wakil Sri Lanka, Ratnasiri Achini 21-11, 21-8 yang mengambil masa 30 minit sahaja.

Sehingga berita ini ditulis, dua lagi harapan negara, Tee Jing Yi dan Yang Li Lian hanya turun ke gelanggang pada awal petang ini menentang dua wakil Indonesia.

Bagaimanapun, nada gembira menyelubungi kem negara bertukar sedikit kecewa apabila harapan yang disandarkan kepada Zulfadli Zulkifli untuk melangkah lebih jauh tidak kesampaian. Zulfadli, pilihan utama kejohanan tewas mengejut ditangan jaguh tuan rumah, Subhan Hasan 17-21, 20-22.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: