NUSA MAHSURI BC

Tangkas Alfamart 2009: Ramdan, Sonia, Li Lian terjah suku akhir

Posted by ADMIN di 7 Oktober 2009

MISBUN Ramdan beserta Sonia Cheah dan Yang Li Lian terus menggegar GOR Tennis Jakarta apabila berjaya melayakan diri ke suku akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Tangkas Alfamart selepas menewaskan lawan masing-masing sebentar tadi.

Pada perlawanan menentang Panji Akhbar Sudjarat di pusingan kelima, lewat jam 3.00 petang Ramdan tidak memerlukan masa terlalu lama untuk mencapai kemenangan dua set terus 21-8, 21-13.

Bagaimanapun, aksi cemerlang Ramdan gagal dituruti dalam acara bergu lelaki apabila gandingannya dengan Zulfadli gagal menyekat kemantapan permainan pasangan Budi Hartono/Ricky Karanda dari Indonesia. Mereka tewas 9-21, 17-21.

Terdahulu dari itu, Sonia terus mempertahankan kedudukan sebagai pilihan utama kejohanan apabila menumbangkan pemain tuan rumah, Yulia Yosephine 21-7, 21-13 dalam masa 35 minit. Kemudian disusuli kejayaan Yang Li Lian yang mengenepikan cabaran wakil Singapura, Noriko Goh juga dua set terus.

Pada hari ini nasih tidak menyebelahi Ng Florah Siew Fong dalam acara perseorangan perempuan apabila gagal mempamerkan aksi sebenar setelah tumpas ditangan pilihan 9/16 dari Singapura, Thng Ting Ting 14-21, 9-21.

Namun, Florah masih mampu menarik nafas lega apabila langkah di kejohanan ini masih berterusan apabila gandingannya bersama Tee Jing Yi turut layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Lia/Siti Sarah dalam pertarungan cukup sengit. Merek menang 23-21, 21-12 dalam masa 28 minit.

DRAW PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA TANGKAS ALFAMART 2009
SUKU AKHIR

PERSEORANGAN LELAKI
*5/8 Misbun Ramdan Datuk Misbun lwn Sai Praneet Bhamidipati (Ind)

PERSEORANGAN PEREMPUAN
*1 Sonia Cheah lwn Elyzabeth (Ina)
*3/4 Yang Li Lian lwn Livia Francisca (Ina)

BERGU PEREMPUAN
*1 Ng Florah Sie Fong/Tee Jing Yi lwn Krisanuruks Patsiri/Panjarat Pransopon (Tha)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: