NUSA MAHSURI BC

Hajat Bakti muncul juara akhirnya kesampaian

Posted by ADMIN di 7 Disember 2009

Barisan Bakti diterajui Datin Seri Rosmah bersama Perdana Menteri sedang menunjukkan isyarat 1Malaysia sebaik sahaja menjuarai Kejohanan Badminton Piala Perdana 1Malaysia di Seremban semalam. Turut kelihatan ialah Rahman Sidek (duduk kiri).

SELEPAS sekian lama diulit kekecewaan, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) akhirnya mampu mengotakan impian mereka untuk muncul juara Kejohanan Badminton Piala Perdana 1Malaysia yang berakhir di Dewan Majlis Perbandaran Seremban semalam.

Pada perlawanan akhir, skuad yang diterajui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berjaya menumpaskan musuh tradisi, Bakisa dari Sabah dalam perlawanan cukup mendebar yang berakhir dengan keputusan 3-2.

Salah satu mata berharga dicapai menerusi gandingan Datin Seri Rosmah dan Datin Seri Lee Soo Loo yang menewaskan pasangan Datin Seri Panglima Siti Jauyah dan Datin Cindy.

Skuad Bakti dilatih oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri yang diketuai Haji Abdul Rahman Datuk Sidek.

Sementara itu, tempat ketiga acara badminton dimenangi pasukan Baiduri dari Perak yang menewaskan Bestari dari Melaka, 3-2.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

KEPUTUSAN PENUH
Bakti    3     Bakisa      2
Bergu Pertama
Datin Seri Rosmah Mansor/Datin Seri Lee Soo Loo mn Datin Seri Panglima Siti Jauyah/Datin Cindy
15-11, 8-15, 15-12
Bergu Kedua
Datin Rosnie Ambulsi/Datin Wan Kalsom kk Datin Mojuntin/Datin Mahani Sulaiman
4-15, 1-15
Bergu Ketiga
Datin Khadijah Md Amin/Datin Seri Muhaini kk Datin Maria Johnny/Datin Maliana
0-15, 5-15
Bergu Keempat
Datin Seri Diana Dompok/Datin Zuraida mn Datin Rita Mujim/Datin Norlida
6-15, 15-7, 15-12
Bergu Kelima
Datin Seri Utama Maznah Rais/Datin Linda Lee mn Datin Firusa/Datin Diana Wazu
10-15, 15-7, 15-7

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: