NUSA MAHSURI BC

Malaysia pilihan pertama berpasukan Sukan Sea Laos

Posted by ADMIN di 9 Disember 2009

SKUAD badminton negara diletakkan sebagai pilihan pertama acara berpasukan Sukan Sea baik melibatkan berpasukan lelaki mahupun berpasukan wanita yang akan berlangsung di Vientiane, Laos mulai 11 Disember ini.

Pasukan yang dijangka mencabar keunggulan negara dalam acara kalah mati ini sudah semestinya datangnya dari barisan skuad negara Garuda (Indonesia) yang diterajui bergu nombor satu dunia, Markis Kido/Hendra Setiawan yang mengisi slot pasukan pilihan kedua diikuti Thailand (3) dan Vietnam (4).

Walaupun ramalan pelbagai pihak menyatakan skuad negara menghadapi laluan mudah untuk ke perlawanan akhir, namun ia dilihat belum tentu selamat kerana pasukan Vietnam bakal menjadi ‘duri dalam daging’ kiranya ia dipandang mudah apatah lagi dengan ketiadaan pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir.

Bagi acara berpasukan wanita, pasukan negara diketuai Wong Mew Choo yang baru saja ditabalkan sebagai pemenang pingat emas acara perseorangan wanita di Pusingan Akhir Masters Super Series Dunia minggu lalu dijangka berdepan saingan paling sengit dikalangan negara-negara pencabar khususnya Thailand dan Singapura yang membariskan pemain-pemain yang semakin digeruni di arena antarabangsa.

Thailand biarpun hanya diletakkan sekadar pilihan ketiga, namun barisan pemainnya seperti Salakjit Ponsana, Porntip Buranaprasertsuk dan juara remaja dunia, Ratchanok Inthanon disamping kemantapan posisi dua bergunya kelihatan cukup dicemburui semua pasukan yang bertanding.

SENARAI PASUKAN BERTANDING
Acara Berpasukan Lelaki
*1 Malaysia
*2 Indonesia
*3 Thailand
*4 Vietnam
Singapura
Cambodia
Laos

Acara Berpasukan Wanita
*1 Malaysia
*2 Indonesia
*3 Thailand
*4 Singapura
Laos

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: