NUSA MAHSURI BC

30 peserta Kem Bakat didedah aspek juara

Posted by ADMIN di 22 Disember 2009



SERAMAI 30 peserta telah terpilih mengikuti Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Kebangsaan bersempena Program Kem Little Champs anjuran Institut Sukan Negara (ISN) yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Terengganu mulai Khamis ini.

Program selama empat hari ini merupakan kesenimbungan daripada program yang telah dijalankan oleh KBS menerusi agensinya, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri di 6 zon meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sejak Ogos lalu.

Pada kali ini, para peserta bukan sahaja akan menerima latihan lanjutan sukan badminton oleh barisan jurulatih berpengalaman malah akan didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan asas sebagai seorang juara oleh instruktur dari ISN.

Antara aktiviti yang akan diterap dikalangan peserta kem ialah amalan sains sukan seperti pemakanan, perubatan asas, asas regangan dan psikologi.

Selain badminton, beberapa acara sukan yang akan turut mengambil bahagian ialah memanah, hoki dan bolasepak.

Majlis perasmian Kem Little Champs ini akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman pada 8.30 malam; 26 Disember 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: