NUSA MAHSURI BC

Klinik Badminton gegar Dewan Seri Keramat AU2

Posted by ADMIN di 24 Februari 2010

Misbun sedang mengendalikan Klinik Badminton di Dewan Serbaguna Taman Seri Keramat AU2 malam tadi.

Kelihatan Azmin Ali (berbaju putih; lima dari kiri) dan Saari Sungib (empat dari kanan) bergambar kenangan dengan anggota NMBC dan orang ramai.

LEBIH 300 orang penduduk sekitar Ampang Jaya termasuk golongan belia telah membanjiri Dewan Serbaguna Taman Seri Keramat AU2 bagi menyaksikan Klinik Badminton Bersama Nusa Mahsuri (NMBC) malam tadi.

Klinik anjuran JKP Zon 3 dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dikendalikan oleh jurulatih perseorangan negara, Datuk Haji Misbun Dato’ Sidek beserta barisan jurulatih dan pemain NMBC. Selain Misbun, turut mengambil bahagian ialah Ketua Jurulatih NMBC, Haji Abdul Rahman Dato’ Sidek, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Mohd Sharizal Latip, Misbun Ramdan Datuk Misbun, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat, Norhafizi Aswad Ramli, Hakimi Rahman dan Rahim Rahman.

Menurut jurucakap Program Klinik Badminton Bersama NMBC, Saudara Razali Ramly, objektif utama program itu diadakan adalah bertujuan menyemai dan merangsang minat dikalangan masyarakat khususnya anak-anak muda terhadap sukan berprestij itu.

“Kita berharap program ini mampu membentuk ahli masyarakat sentiasa cergas menerusi kegiatan berfaedah,”ujarnya.

Turut menyaksikan klinik tersebut ialah Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, YB Haji Mohammad Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang, Haji Saari Sungib, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor, Penasihat-Penasihat NMBC, Haji Mohd Jalani Dato’ Sidek dan Haji Abdul Rashid Dato’ Sidek.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: