NUSA MAHSURI BC

Misbun teruja komitmen peserta Kem Bakat KL

Posted by ADMIN di 19 Julai 2011


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir semalam di Kolej Kediaman Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang telah berjalan dengan lancar.

Program bermula Khamis lalu telah berjaya menarik penyertaan bakat muda berusia 9-12 tahun seramai 61 orang.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato Sidek ketika memberi amanat terakhir sebelum bermulanya majlis penutup melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan semangat kental dipamerkan para peserta walaupun sebahagian besarnya pertama kali menyertai program tersebut.

” Inilah intipati dan objektif utama kem yang bukan sahaja bermatlamat membimbing para peserta dengan kaedah permainan yang betul tetapi juga membentuk disiplin tinggi dikalangan bakat baru supaya mereka lebih bersedia apabila diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin berbekalkan tunjuk ajar saya dan jurulatih Nusa Mahsuri, bakat muda ini diharapkan mampu mempraktikkannya sepertimana yang diarahkan. Setidak-tidaknya, ada peserta yang tidak pernah terfikir untuk pergi lebih jauh mampu menggunakan segala ilmu yang diterima untuk mewakili sekolah diikuti daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan pada masa akan datang.

Majlis penutup kem selama tiga hari itu telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Tuan Haji Salleh Ghazali. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Noor Azma Deris dan Penolong Pengarah Pembangunan dan Kemajuan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: