NUSA MAHSURI BC

Peserta teruja sentuhan Misbun

Posted by ADMIN di 27 September 2011

62 peserta Kem Bakat Sarawak bergambar kenangan dengan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau dan Datuk Misbun Sidek.

SELEPAS menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengorak langkah berkunjung ke Miri untuk peringkat Negeri Sarawak.Kunjungan buat pertama kalinya ke salah satu bahagian terbesar di negeri Bumi Kenyalang itu telah menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila seramai 62 bakat muda berjaya menamatkan latihan program tersebut dengan jayanya yang berlangsung di Dewan Permai, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Rata-rata peserta yang mengikuti program begitu teruja dengan latihan yang dikendalikan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

Majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, YB Dennis Ngau. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Puan Fazulia Zulkifli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: