NUSA MAHSURI BC

Archive for the ‘JBS’ Category

Baling destinasi terbaru Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri minggu ini

Posted by ADMIN di 30 Oktober 2012

BALING bakal menjadi destinasi terbaru yang akan dijelajahi Team Nusa Mahsuri menerusi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermulai Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, kanak-kanak berusia 9-12 tahun yang terpilih akan menjalani latihan asas permainan badminton yang betul dibawah kendalian legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato’ Haji Sidek.

Mereka turut berpeluang menerima pendedahan buat pertama kalinya mengenai asas pemakanan yang akan disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad.

Advertisements

Posted in ISN, JBS, KBS, Kem Bakat Badminton, Venue | Leave a Comment »

KBS-Nusa Mahsuri gegar Kem Bakat di Kombes Panji 29-31 Mac ini

Posted by ADMIN di 27 Mac 2012

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi mengadakan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato’ Sidek, Haji Rahman Dato’ Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

Posted in Info, Jadual, JBS, KBS, Kebangsaan, Kem Bakat Badminton, NMBC, Venue | 1 Comment »

Peserta teruja sentuhan Misbun

Posted by ADMIN di 27 September 2011

62 peserta Kem Bakat Sarawak bergambar kenangan dengan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau dan Datuk Misbun Sidek.

SELEPAS menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengorak langkah berkunjung ke Miri untuk peringkat Negeri Sarawak.Kunjungan buat pertama kalinya ke salah satu bahagian terbesar di negeri Bumi Kenyalang itu telah menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila seramai 62 bakat muda berjaya menamatkan latihan program tersebut dengan jayanya yang berlangsung di Dewan Permai, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Rata-rata peserta yang mengikuti program begitu teruja dengan latihan yang dikendalikan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.
Baca baki entri ini »

Posted in Info, ISN, Jadual, JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC, Program Latihan, Venue | Di tag: , , , | Leave a Comment »

Sisipan video Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri peringkat Kuala Lumpur 2011

Posted by ADMIN di 19 Julai 2011

Posted in JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC, Program Latihan, Video | Leave a Comment »

Misbun teruja komitmen peserta Kem Bakat KL

Posted by ADMIN di 19 Julai 2011


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir semalam di Kolej Kediaman Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang telah berjalan dengan lancar.

Program bermula Khamis lalu telah berjaya menarik penyertaan bakat muda berusia 9-12 tahun seramai 61 orang.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato Sidek ketika memberi amanat terakhir sebelum bermulanya majlis penutup melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan semangat kental dipamerkan para peserta walaupun sebahagian besarnya pertama kali menyertai program tersebut.
Baca baki entri ini »

Posted in Info, ISN, JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC, Venue | Leave a Comment »

Bakat muda perlu tunjuk ajar betul

Posted by ADMIN di 13 Julai 2011

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN
“Ramai mengetahui sukan badminton ini bukan sahaja berkembang secara menyeluruh di negeri Melaka tetapi di seluruh Malaysia. namun bagi memperoleh teknik dan taktik permainan ini ke tahap lebih tinggi, ia memerlukan pendedahan tunjuk ajar yang betul.
“Saya yakin dikalangan para peserta telah mempelajari sukan ini bertahun-tahun tetapi peluang apabila bertemu dengan Datuk Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri, sudah tentu akan mampu meningkatkan teknik, taktik dan strategi yang mungkin tidak pernah dilalui selama ini,” ujar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Azman Sayed Mohd.
Ketika berucap mewakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Ab Rahman Ab Karim dalam majlis perasmian penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Melaka kelmarin, Engku Azman percaya para peserta yang mengambil bahagian dapat meningkatkan kualiti permainan bagi membolehkan masing-masing dapat mewakili peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.
Selain itu, Engku Azman menambah, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kem seumpama ini untuk melahirkan bakal-bakal jurulatih untuk memberi tunjuk ajar kepada para pemain badminton di peringkat negeri. Pada mulanya, kita merancang untuk mengadakan program tersebut tahun ini, tetapi ditangguhkan akibat kekangan kewangan.

Baca baki entri ini »

Posted in Info, ISN, JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC, Program Latihan | Di tag: , , | Leave a Comment »

Sentuhan Misbun ‘mengaum’ di Kangar 1 – 3 Julai 2011

Posted by ADMIN di 30 Jun 2011

Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan programnya selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar mulai esok.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek (foto) sekali lagi dijangka mengetuai barisan jurulatih Nusa Mahsuri bagi menyempurnakan misi membimbing bakat-bakat muda di negeri utara Semenanjung Malaysia itu.
Baca baki entri ini »

Posted in Info, JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC, Program Latihan, Venue | Di tag: , , , | Leave a Comment »