NUSA MAHSURI BC

Archive for the ‘Kem Bakat Badminton’ Category

Baling destinasi terbaru Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri minggu ini

Posted by ADMIN di 30 Oktober 2012

BALING bakal menjadi destinasi terbaru yang akan dijelajahi Team Nusa Mahsuri menerusi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermulai Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, kanak-kanak berusia 9-12 tahun yang terpilih akan menjalani latihan asas permainan badminton yang betul dibawah kendalian legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato’ Haji Sidek.

Mereka turut berpeluang menerima pendedahan buat pertama kalinya mengenai asas pemakanan yang akan disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad.

Advertisements

Posted in ISN, JBS, KBS, Kem Bakat Badminton, Venue | Leave a Comment »

Pulau Pinang destinasi terbaru Kem Bakat minggu ini

Posted by ADMIN di 24 April 2012

SELEPAS berjaya menarik penyertaan seramai 66 bakat baru di Melaka dua minggu lepas, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri)  akan meneruskan kesinambungan program ke kawasan utara pula. Pulau Pinang akan menjadi destinasi pilihan kem bermula Jumaat ini.
Seperti kelazimannya, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang disertai barisan jurulatih dan pemain Nusa Mahsuri akan hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada bakat-bakat Pulau Pinang yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pulau Pinang, Batu Uban.

Baca baki entri ini »

Posted in ISN, KBS, Kem Bakat Badminton, NMBC, Venue | 1 Comment »

KBS-Nusa Mahsuri gegar Kem Bakat di Kombes Panji 29-31 Mac ini

Posted by ADMIN di 27 Mac 2012

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi mengadakan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato’ Sidek, Haji Rahman Dato’ Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

Posted in Info, Jadual, JBS, KBS, Kebangsaan, Kem Bakat Badminton, NMBC, Venue | 1 Comment »

Usaha gilap bakat baru

Posted by ADMIN di 29 Februari 2012

LEBIH 900 bakat baru termasuk dari Sabah, Sarawak dan Labuan dijangka mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri di seluruh negara bermula 16 Mac ini.

Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek berkata, program kem tahun ini dijadual berlangsung di 15 lokasi terpilih dengan Negeri Sembilan dipilih menganjurkan program pertama pada 16 hingga 18 Mac depan.

Program yang sebelum ini dikenali Klinik Badminton KBS-Nusa Mahsuri menyaksikan penyertaan sekurang-kurangnya 60 peserta berusia antara 9 hingga 12 tahun di setiap negeri.

Baca baki entri ini »

Posted in ISN, Jadual, KBS, Kem Badminton, Kem Bakat Badminton, Klinik Kejurulatihan, NMBC, Pengumuman, Venue | Leave a Comment »

Kem Bakat Badminton gegar lagi

Posted by ADMIN di 2 Februari 2012

SETELAH berjaya mendekatkan kaedah latihan sistematik di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan kembali menggegar dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru menerusi Program Kem Bakat Badminton di seluruh negara tidak lama lagi.

Bagi meneruskan usaha dan kandungan program yang berkualiti, beberapa perubahan akan diperkenalkan pada tahun 2012 bagi memastikan program terus segar dan mampu memberi impak besar selari dengan kekuatan badminton sebagai sukan disegani dikalangan rakyat jelata.

Baca baki entri ini »

Posted in KBS, Kem Bakat Badminton, Klinik Kejurulatihan, NMBC | 1 Comment »