NUSA MAHSURI BC

INTRO

thnusaBC1Kelab Badminton Nusa Mahsuri

Merupakan sebuah kelab badminton profesional pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April 1997.

Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton profesional dalam melatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

Selain dari bertindak sebagai pusat latihan dikalangan pemain-pemain profesional, kelab ini mempunyai visi sebagai perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat perunding.

Kelab ini juga diibaratkan sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakat-bakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri.

Atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton, kelab ini telah, sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga ke peringkat akar umbi.