NUSA MAHSURI BC

KBS-Nusa Mahsuri gegar Kem Bakat di Kombes Panji 29-31 Mac ini

Posted by ADMIN di 27 Mac 2012

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi mengadakan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato’ Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato’ Sidek, Haji Rahman Dato’ Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan, Haji Roslin Hashim.

Satu Respons to “KBS-Nusa Mahsuri gegar Kem Bakat di Kombes Panji 29-31 Mac ini”

  1. datuk macam mana gambar -gambar latihan di kelantan tak ada.

Tinggalkan komen