NUSA MAHSURI BC

LATIHAN

nusa_mbpj

DALAM merencanakan agenda pembangunan sukan badminton secara berterusan, kewujudan pusat latihan dan kaedah latihan bersistematik adalah amat penting bagi sesebuah kelab kegemilangan sukan ini baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Berikutan itu, Nusa Mahsuri BC telah mengambil inisiatif mengadakan program latihan asas dan lanjutan kepada golongan remaja menerusi program kerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak beberapa tahun lalu.

OBJEKTIF
Program ini dinamakan sebagai PROGRAM PEMBANGUNAN BADMINTON REMAJA NUSA MAHSURI-MBPJ yang antara lain memberi pendedahan kepada golongan remaja dari peringkat awal lagi disamping berpeluang berlatih dengan pemain-pemain profesional negara untuk membolehkan mereka mencapai tahap permainan yang boleh dibanggakan.

PENGELOLAAN
Program ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih profesional berpengalaman yang terdiri daripada:
DATUK HJ MISBUN DATO’ SIDEK – Penasihat/Ketua Penyelaras
HJ MOHD JALANI DATO’ SIDEK – Penasihat/Konsultan
HJ MUHAMMAD ROSLIN HJ HASHIM – Penasihat
HJ ABD RAHMAN DATO’ SIDEK – Ketua Jurulatih
SALIM SAMEON – Jurulatih
ZULFARI ABDULLAH – Jurulatih
DONI ZULFIKAR AMIR – Jurulatih

PENYERTAAN & YURAN
Program ini terbahagi kepada tiga kategori umur:
KATEGORI UMUR 18 TAHUN
KATEGORI UMUR 16 TAHUN
KATEGORI UMUR 12 TAHUN

Sebagaimana kelazimannya, setiap peserta yang menyertai program ini akan dikenakan bayaran yuran berpatutan sebanyak RM20.00 bagi satu sesi (2 jam) dimana ia dijalankan 5 hari seminggu kecuali hari Isnin, Khamis dan Cuti Am.

KELENGKAPAN & PERALATAN
Para peserta yang mahu mengikuti program ini harus memiliki kelengkapan sebagai pemain badminton dan membawa peralatan sendiri termasuk raket manakala kemudahan gelanggang, bulutangkis disediakan oleh pihak urusetia.

MODUL LATIHAN
Satu bentuk program terancang sememangnya telah diatur mencakupi latihan asas dan lanjutan yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman dengan pelbagai modul supaya ia diterima baik oleh para peserta yang mengambil bahagian.
Antara modul latihan yang diterapkan dalam program ini termasuklah latihan berbentuk fizikal selain latihan dalam gelanggang seperti jogging, latihan shadow, shuttle drills dan skill works yang boleh dikatakan adalah item wajib dalam rutin program disini.

JADUAL LATIHAN
Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu
Sesi I – mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Sesi II – mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi III – mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang
Ahad
Sesi I – mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Sesi II – mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Isnin, Khamis & Cuti Am – Cuti

PETA PUSAT LATIHAN
Sila klik disini

BORANG LATIHAN
Sila klik disini

MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Zulfari Abdullah [017-9322331] atau Doni Zulfikar Amir [012-3649554]
Emel: nusamahsuri_club@yahoo.com

latihanimage

PEMAIN BIMBINGAN NUSA MAHSURI BC
Berbekalkan program latihan sistematik yang disusun barisan panel perunding KELAB, boleh dikatakan ramai bakat baru telah berjaya diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut senarai pemain yang pernah bernaung dan menjalani latihan kendalian jurulatih kelab:

TEMPATAN
LELAKI
Abdul Rashid Dato’ Haji Sidek
(bekas pemain perseorangan utama Kebangsaan, bekas pemain No.1 dunia & kini ketua jurulatih perseorangan negara)
Ong Ewe Hock (bekas pemain perseorangan utama Kebangsaan & kini jurulatih)
Tan Kim Her (bekas bergu Kebangsaan & kini jurulatih bergu negara)
Soo Beng Kiang (bekas bergu Kebangsaan)
Pang Chen (bekas pemain perseorangan Kebangsaan)
Yong Hock Kin (bekas pemain perseorangan Kebangsaan)
Ismail Saman (bekas pemain perseorangan Kebangsaan)
Muhammad Roslin Hashim (bekas pemain No.1 dunia & jurulatih perseorangan negara)
Muhamad Hafiz Hashim (pemain perseorangan Kebangsaan)
Muhammad Hashim (bekas pemain Kebangsaan)
Salim Sameon (pemain bertaraf Kebangsaan dan kini ketua jurulatih kebangsaan Norway)
Zulfari Abdullah (pemain bertaraf Kebangsaan & jurulatih Nusa Mahsuri)
Misbun Ramdan Datuk Misbun (pemain remaja negara)
Misbun Shawal Datuk Misbun (pemain kelab)
Mohd Shahrizal Latip (bekas pemain remaja negeri)
Norazwan Ramli (bekas pemain remaja negeri)
Chow Wai Sum (pemain remaja negeri)
Chiang Jiang Shiarng (pemain remaja negeri)

LUAR NEGARA
LELAKI

HONG KONG
Ng Wei (bekas pemain perseorangan utama Kebangsaan)
JEPUN
Shoji Sato (pemain bergu Kebangsaan)
Sho Sasaki (pemain perseorangan Kebangsaan)
Yuichi Ikeda (pemain perseorangan Kebangsaan)
Kenta Momota (pemain perseorangan remaja Kebangsaan)
VIETNAM
Nguyen Tien Minh (pemain perseorangan utama Kebangsaan)
Nguyen Quang Minh (pemain perseorangan Kebangsaan)
Nguyen Hoang Hai (pemain perseorangan Kebangsaan)
INDIA
Anup Sridhar (pemain perseorangan Kebangsaan)
Parupalli Kashyap (pemain perseorangan Kebangsaan)
Anand Pawar (pemain perseorangan Kebangsaan)
Arvind Bhat (pemain perseorangan Kebangsaan)
Abhinn Shyam Gupta (pemain perseorangan Kebangsaan)
Siddharth Jain (pemain perseorangan Kebangsaan)
Ajay Jayaram (pemain perseorangan Kebangsaan)
Jishnu Sanyal (pemain perseorangan remaja Kebangsaan)
Akshay Dewalkar (pemain perseorangan remaja Kebangsaan)
Srujan Nandaluri (pemain perseorangan remaja Kebangsaan India)
Ankush Jadhav (pemain perseorangan Kebangsaan)
Anil Kishore
ENGLAND
Andrew Smith (pemain perseorangan Kebangsaan)
Nicholas Kidd (pemain perseorangan Kebangsaan)
Arthur Cheung (pemain remaja Kebangsaan)
Victor Liew (pemain remaja Kebangsaan)
Josh Miles (pemain remaja Kebangsaan)
KANADA
Andrew Dabeka (pemain perseorangan Kebangsaan)
REPUBLIK CZECH
Petr Koukal (pemain perseorangan utama Kebangsaan)
MACAU
Lam Chi Man (pemain perseorangan utama Kebangsaan)
Ip Tang Fai (pemain perseorangan Kebangsaan)
Cheang Wai Lok (pemain perseorangan remaja Kebangsaan)
PHILIPPINES
Kennievic Asuncion (pemain Kebangsaan)
Christopher Flores (pemain perseorangan Kebangsaan)
Ian Ralph Mendez (pemain remaja Kebangsaan)
PAKISTAN
Ali Wajid (pemain perseorangan Kebangsaan)
Rizwan Azam (pemain Kebangsaan)
Muhammad Atiq (pemain Kebangsaan)
Kashif Sulehri (pemain Kebangsaan)
USA
Eric Jefferson Go (pemain kebangsaan)
Azam Ali (pemain remaja Kebangsaan)
SWEDEN
Mathias Wigardt (pemain kebangsaan)
Tim Foo (pemain Kebangsaan)
Marcus Jansson (pemain Kebangsaan)
Tobias Kruseborn (bekas pemain Kebangsaan)
SWISS
Irfan Razi (bekas pemain perseorangan utama Kebangsaan)
FINLAND
Marko Pyykonen (pemain remaja Kebangsaan)
Kasper Lehikorhen (pemain remaja Kebangsaan)
GERMANY
Sebastian Schoettler (pemain remaja Kebangsaan)
Daniel Benz (pemain remaja Kebangsaan)
FRANCE
Maxime Mora (pemain Kebangsaan)
Sebastian Bourbon (pemain remaja Kebangsaan)
DENMARK
Hans Kristian Vittinghus (pemain kebangsaan)
Thomas Soogard (bekas pemain kelab)
SRI LANKA
Nuwan Hettiavachchi (pemain remaja Kebangsaan)

WANITA
INDIA
Saina Nehwal (pemain perseorangan utama Kebangsaan)
Ruth Misha (pemain bergu Kebangsaan)
Gayatri Vartak (pemain perseorangan Kebangsaan)
Arundhati Pantawane (pemain remaja Kebangsaan)
VIETNAM
Le Ngoc Nguyen Nhung (pemain perseorangan utama Kebangsaan)
SWISS
Huwaina Razi (pemain utama Kebangsaan)
Fahra Razi (bekas pemain Kebangsaan)
PAKISTAN
Sara Mohamed
FINLAND
Iida Elina Pilvikki Korhonen (pemain remaja Kebangsaan)
ENGLAND
Rebecca White
Sara Sankey
Sophie Sankey
Mina Clark
Pat West

DENMARK
Sandra Maria Jensen

PEGAWAI & JURULATIH
Huynh Ngoc Lien (Naib Presiden Persekutuan Badminton Kebangsaan Vietnam)
Sanjav Sachdeva (Ketua Jurulatih Remaja Kebangsaan India)
Johnny Askevig (Konsultan Badminton Norway)
Minoru Shibuya (Jurulatih Kebangsaan Jepun)
Palitha de Silva (Jurulatih Kebangsaan Sri Lanka)
Ryuji Ukihasni (Jurulatih Badminton Negeri Ehime, Jepun)
Andreas Benz (Jurulatih Kelab Jerman)