NUSA MAHSURI BC

SEJARAH

APABILA bercakap soal sejarah badminton, kita tidak harus melupakan Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang mencetuskan detik bermulanya sukan ini di peringkat antarabangsa dan dikenali ramai.

Sejarah tercatat bahawa badminton diperkenalkan sudah agak lama iaitu sekitar dua ribu tahun lalu dimana ketika itu ia dikenali sebagai “Battledore”, “Poon” “Shuttlecock” di Yunani, India dan China. Sejarah yang panjang menakjubkan sebagai salah satu jenis sukan dalam olimpik.

Pada tahun 1800-an, sukan ini dimainkan di India dan ketika itulah jaring atau net diperkenalkan sepertimana yang disaksikan pada masa kini.  Tidak lama selepas itu, pegawai British yang berkhidmat di situ telah membawa sekali permainan itu ke England dan memperkenalkan ia sebagai satu acara untuk tetamu kehormat Duke of Beaufort yang pernah menetap di Gloucestershire. Secara kebetulan Gloucestershire kini merupakan salah satu pusat badminton IBF.

SEJARAH BWF (Dahulunya IBF)
IBF atau dikenali sebagai nama barunya, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mula diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada tahun 1934 dengan keanggotaan sembilan buah negara iaitu England, Kanada, Denmark,Wales, Scotland, Belanda,  Perancis, New Zealand dan India menyusulinya pada tahun 1936.

Kejohanan pertama  IBF paling berprestij ialah Piala Thomas yang bermula pada tahun  1948. Sejak itu, kejohanan tersebut telah mencetuskan fenomena baru dengan adanya kejohanan berikutnya iaitu Piala Uber, Piala Sudirman, Kejohanan Remaja Dunia, Pusingan Akhir Grand Prix Dunia.

SUKAN KOMANWEL
Badminton diperkenalkan sebagai salah acara baru dalam temasya ini di Jamaica pada tahun 1966 dan kekal sebagai sukan tetap sehingga sekarang. Lazimnya terdapat lima acara dipertandingkan termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu lelaki, bergu wanita dan bergu campuran kemudian disusuli pula acara berpasukan.

SUKAN OLIMPIK
adminton hakikatnya adalah acara baru dalam temasya ini. Selepas ia diperkenalkan sebagai acara demonstrasi  di Munich pada tahun 1972,  badminton mula diterima sebagai acara tetap pada tahun 1992 dengan acara perseorangan dan bergu diperkenalkan buat kali pertama. Pada tahun 1996,  acara bergu campuran dimasukkan sebagai satu disiplin baru badminton di temasya ini.

Setakat ini hanya lima (5) negara telah berjaya memenangi pingat emas sejak ia diperkenalkan pada tahun 1992 didahului dengan China (8), Indonesia (5), Korea (5) dan Denmark (1).

Susi Susanti  yang memenangi pingat emas di Barcelona telah mencatatkan sejarah sebagai anak Indonesia pertama berjaya membawa pulang pingat sejak negara itu menyertai sukan ini. Kemudiannya, disusuli langkah bergaya Allan Budi Kusuma yang mencatatkan pingat emas kedua buat negaranya dalam acara perseorangan lelaki.