NUSA MAHSURI BC

Posts Tagged ‘perak’

61 peserta cilik sertai Kem Bakat Perak

Posted by ADMIN di 21 Jun 2011

BAGI meneruskan kesenimbungan dikalangan bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengadakan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri selama tiga hari yang berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Ipoh semalam.

Kem yang membabitkan penyertaan seramai 61 peserta adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada sistem permainan yang betul disamping mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi.

” Pengelolaan kem seumpama ini bukan sahaja memberi faedah berguna kepada para peserta malah mampu melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk mewakili daerah dan seterusnya negeri Perak pada masa depan,” ujar Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Sukan JBS Negeri, Encik Nor Azam Mohd Noh semasa berakhir majlis penutup program tersebut.

Selanjutnya, sila klik disini

Posted in Info, JBS, KBS, Kem Badminton, kem bakat, NMBC | Di tag: , , , | Leave a Comment »