NUSA MAHSURI BC

Baling destinasi terbaru Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri minggu ini

Posted by ADMIN di 30 Oktober 2012

BALING bakal menjadi destinasi terbaru yang akan dijelajahi Team Nusa Mahsuri menerusi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermulai Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, kanak-kanak berusia 9-12 tahun yang terpilih akan menjalani latihan asas permainan badminton yang betul dibawah kendalian legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato’ Haji Sidek.

Mereka turut berpeluang menerima pendedahan buat pertama kalinya mengenai asas pemakanan yang akan disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad.

Tinggalkan komen